Monspace Malaysia Menerbitkan IPO Menuju Nesdaq 2017

Monspace Malaysia Menerbitkan IPO Menuju Nesdaq 2017

Monspace Malaysia
Monspace Malaysia Menerbitkan IPO Menuju Nesdaq 2017


Fb: http://bit.ly/FBIpoNasdaq
Web: http://bit.ly/NasdaqIpo


Pertama sekali, beberapa peraturan asas dalam membina potfolio yang berjaya:

1) Labur dalam sebanyak 8 - 10 saham pada satu-satu masa

Kecuali anda seorang pelabur profesional atau separuh profesional, anda dicadangkan menyimpan tidak lebih dari 8 - 10 saham berbeza pada satu-satu masa. Ingat bahawa untuk setiap saham yang anda milikki, anda perlu mengawasi secara tetap aliran harganya, pendapatan suku tahun dan perkembangan terkini.

Ramai pelabur membuat kesilapan membeli terlalu banyak saham kaunter berbeza supaya dapat mempelbagaikan risiko mereka. Akhirnya, mereka hilang jejak dan gagal memberi setiap saham perhatian yang diperlukan. Inilsh masanya mereka mula membuat kesilapan besar dan hilang wang. Bayangkan jika anda sebagai ibubapa yang mempunyai 8 - 10 anak-anak. Bolehkah anda menjaga setiap seorang dengan baik? Jika anda inginkan kepelbagaian, maka belilah ETFs dan jangan lakukannya dengan terlalu banyak saham individu. 

2) Jangan sesekali melabur melebihi 2 saham dari sektor yang sama

Daripada 8 - 10 saham yang anda milikki, elakkan dari melabur dalam lebih dari 2 saham dari sektor yang sama. Ini adalah kerana saham dari sektor yang sama cenderung mempunyai ciri-ciri yang serupa dan bergerak bersama. 

Sebagai contoh, apabila saham satu syarikat minyak jatuh, kesemua saham minyak yang berkaitan berkemungkinan jatuh juga.

Jika anda telah melaburkan separuh dari potfolio anda kepada 4 - 5 saham perbankan, maka potfolio boleh menjadi satu yang sangat berjaya. Jika anda hanya mempunyai 1 - 2 saham perbangkan   dan telah melaburkan selebihnya wang anda didalam sektor lain seperti barangan pengguna, perindustrian, minyak dan gas atau teknologi, selebihnya mungkin boleh menampung kerugian.

3) Selalu tinggalkan 10% dari potfolio anda dalam tunai

Satu lagi peraturan penting ialah jangan sekali-sekali melabur sepenuhnya dalam pasaran pada satu-satu masa. Anda patut simpan sebahagian dari wang anda dalam bentuk tunai sekiranya diperlukan. Jika pasaran kebetulan jatuh lebih sediki, anda masih ada wang untuk membeli saham yang anda minat pada harga yang rendah ( dengan syarat ia masih dalam aliran meningkat )

Apabila pasaran berada hampir bawah kitarannya (apabila saham dijual terlalu lebih rendah dari nilai intrinsiknya ), anda hampir melaburi dengan sepenuhnya dalam pasaran, menyimpan hanya 10% pada potfolio dalam tunai. Ingat bahawa apabila pasaran hampir berada dibawah (apabila terlalu banyak kebimbangan dalam pasaran), ia adalah titik kepada peluang maksima. 

Apabila pasaran berada diatas kitarannya (apabila saham terlebih nilai) anda patut jual untuk mendapatkan keuntungan dan tambahkan tunai. Malah, apabila pasaran saham mula berundur kearah aliran menurun dari ketinggiannya, anda patut jual kesemuanya dan simpan 100% potfolio anda dalam tunai. Sebagai pelabur, anda tidak sepatutnya selalu melabur dalam pasaran. Apabila keadaan tidak menyebelahi anda, lebih baik simpan tunai dan tunggu masa yang baik untuk meletak semula wang anda bekerja untuk anda. 

4) Potfolio anda sepatutnya selari dengan gaya kehidupan dan selera risiko anda

Ramai orang membuat kesilapan yang amat besar dengan membabi buta menuruti nasihat pelaburan dan pemilihan saham dari pakar-pakar. Ini adalah perkara yang paling buruk yang tidak patut anda lakukan. Pakar-pakar yang anda turuti berkemungkinan mempunyai profil risiko, tempoh pegangan pelaburan dan gaya hidup yang langsung berbeza dengan anda. 

Sebagai contoh, seorang pakar mungkin bercakap tentang melabur dalam saham seperti Transocean (RIG), iaitu saham kitaran dan juga saham perubahan. Jika anda beli saham ini pada masa yang tepat (berdekatan dengan paras bawah kitarannya), anda mungkin boleh lipatgandakan wang anda. Jika anda beli saham ini pada masa yang salah, anda mungkin akan kehilangan separuh wang anda juga. Ini adalah jenis sham yang memerlukan banyak pengawasan berkenaan alirannya dan sesuatu yang anda tidak boleh hanya membeli dan simpan semata. Jika anda seorang pelabur konservatif yang gemar membeli dan menyimpan dan tidak mempunyai masa untuk mengawasi aliran secara tetap, ini adalah saham yang anda tidak sepatutnya beli. Anda sebaliknya patut beli saham mudah ramal bermodal besar seperti McDonald's atau Johnson & Johnson. 

Jadi jenis saham yang anda labur sebenarnya bergantung pada berapa banyak masa yang anda ada, berapa banyak risiko yang anda sanggup hadapi dan berapa banyak pulangan yang anda sasarkan.                                                


Adakah pelaburan saham ini tinggi risikonya?

Apabila anda melabur dalam pasaran saham,anda perlu tahu yang anda adalah sebahagian dari pemilik syarikat.Keuntungan dan kerugian pelaburan anda tertumpu lebih kepada keuntungan dan kerugian perniagaan syarikat yang anda laburkan.Jika perniagaan syarikat semakin untung  maka saham syarikat akan semakin naik disebabkan kerana permintaan yang semakin tinggi dari para pelabur.Harga saham akan semakin tinggi  jika pelabur sedia ada tidak menjual pegangan saham kerana inginkan dividen yang akan dibayar hasil dari janaan keuntungan dari perniagaan syarikat yang dilaburkan.sebaliknya jika perniagaan syarikat tidak baik.
Pelbagai kajian samaada dari sudut fundamental mahupun teknikal perlu dibuat bagi mengurangkan risiko pelaburan.
"Risiko hanya akan berlaku apabila kita tidak tahu apa kebarangkalian yang bakal berlaku".Jika hendak dipukul ombak berumahlah ditepi pantai,jika hendakkan salji pergilah ke negara yang ada salji bukannya ke kawasan digurun,hatta jika hendak berniaga burger sekalipun kajian perlu dibuat dengan berniaga di kawasan yang strategik dan menjadi laluan utama.Jika hendak tahu kawasan mana yang hujan,pergila kawasan bakal dilaporkan hujan.Itulah yang dimaksudkan dengan kajian berdasarkan kebarangkalian bagi mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Maka dengan ini,jika seseorang itu mengatakan pelaburan saham adalah tinggi risikonya sebenarnya pelabur membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan rasa dan khabar angin dan tips-tips tanpa membuat sebarang kajian ,penelitian dan strategi pelaburan yang betul.

Mendaftar Disini:  http://bit.ly/pendaftaranIPO

Comments

Popular Posts